


Jemputan2 kawen yg xdapat aku hadiri...huhu....cdehnye...=(....nk gi,tp ape kan daye...keje aku yg cuti xmenentu telah menghalang aku hadir ke majlis2 ini....keje kontrak,gni r....mintak maaf sgt2....huhu....pe2 pon,tq sgt2 kpd kwn2 aku yg sudi jemput aku ke mjlis diorg....semoge majlis korg berjalan lancar seperti yg diimpikan n korg bahagie bersame psgn masing2 hgge ke akhir hayat......membe2 aku da kawen,aku plak?hahaha.......lambat agi r......tggu membe2 dpt cucu dulu r.....=)
...pEnGuNjUnG...
Monday, May 31, 2010
...@ jEmPuTaN kAwEn @...
Posted by OrangeGurlz at 11:38 PM 0 comments
Labels: ...LuAhAn aTi...
....@ tAhNiAh @....
Buat kawan2 ku yg telah menempuh alam baru, tahniah diucapkan...walaupun xdpt hadir,tp jauh disudut hatiku mendoakan kebahagiaan korg...buat Sharizie, Ainun Naim & Qasim dan juge Ain Shakira, semoge korg berbahagie ngn psgn masing2 hgge ke akhir hayat dan cepat2 r dapat baby yer....
Best sgt tgk membe2 da kawen....rase gak prasaan jeles tu...hehe....tp perjuanganku masih jauh untuk itu....pe2pon, ajal maut, jodoh pertemuan, semua telah ditentukan Tuhan...kite sebagai manusia, hanya mampu merancang tp Tuhan yg menentukan....=)
Posted by OrangeGurlz at 11:19 PM 0 comments
Labels: ...LuAhAn aTi...
Saturday, May 29, 2010
...mAdAh pUjAnGGa...
Kelmarin  adalah kenangan,
Hari ini  adalah perjuangan,
Esok..bukanlah satu  kepastian. 
*~*~*~*
Menyintai  bukan bererti memiliki,
Memiliki  bukan bermakna menakluki,
CiNTa itu  memerlukan pengorbanan dan kesabaran. 
*~*~*~*
Benih  azam yang menyusur diri adalah warna ketinggian nurani,
renda  kemenangan adalah cambahan kesabaran yang tidak pernah pudar.
Ayuh....bangun merentangi  halangan demi sebuah mekarnya kejayaan. 
*~*~*~*
Teruskan  perjuangan dalam bidang yang diminati walau,
sebesarmanapun gelombang  yang menghalang. Usah kembali berpatah ke
Pengkalan, layarkan terus bahtera perjuangan hingga berjaya mencecah
Pulau  Impian. 
*~*~*~*
Persahabatan yang  telah terbina ibarat dua buah jambatan yang
menghubungkan antara  dua benua. Jambatan itu akan terus kukuh jika
ia  sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak. 
*~*~*~*
Tidak  dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan. Tidak
dinamakan  kematangan jika tidak ada kekalutan. 
*~*~*~*
Ramai orang lebih  mengenali orang lain,
Tapi...tidak mengenali  diri sendiri.
Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang
tanpa menghitung  kekurangan dan kesilapan sendiri. 
*~*~*~*
Kalau inginkan  kesejahteraan setahun...
tanamlah benih.
Kalau inginkan  kesejahteraan 10 tahun...
tanamlah pokok
Kalau inginkan  kesejahteraan 100 tahun...
Maka..didiklah manusia 
*~*~*~*
Pentingkan diri sendiri  amat penting dalam hidup kita,
tetapi....pentingkan diri orang yang di sekeliling kita juga amat penting
untuk kesejahteraan. 
Posted by OrangeGurlz at 9:44 AM 0 comments
Labels: ...iNfO Yg pAtUt dIkOnGsI...
Friday, May 28, 2010
40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI
Sedikit info yg nk dkongsikan bersame2:
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL...
1. Sepanjang pertunangan, dia  tidak pernah ajak berbincang cara nak
bentuk keluarga solehah.  Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak
buat teknik macam2.  Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak
boleh bimbing  saya soal agama
2. Malam pertama saya berendam airmata  kerana suami melarikan diri
selepas akad nikah. Dia bergaduh  dengan ibubapa saya kerana soal wang
hantaran dan mas kahwin.  Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli
rokok, tetapi  sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
3.  Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di
Sabah.  Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias
cantik.Apabila  saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju
perempuan.Puas  ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah
dengan  kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas
pantang  saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa
anaknya.
4.  Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit
saya.Sekarang  duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua
di bahu  saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.
5. Suami mahu anak  ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum
pernah sekali  pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin.
Kalau  alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
6. Bapa  tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama
juga.  Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
7.  Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami
memang
nampak  warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami
mahu
seks  tiap2 malam dan suka liwat saya.
9. Suami tetap 'mahu'  walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak
dituruti dia  mengancam mahu cari perempuan lain.
10. Saya dipukul  suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya
tidak mahu  beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia
penganggur  dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
11.  Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan.
Namun,
saya  lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama
jenis.
12.  Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga
apabila  asyik bercinta dengan "maknyah".
13. Hancur hati saya  apabila terserempak suami memakai coli dan seluar
dalam saya.  Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya
kerana  menuruti kehendak emaknya.
14. Suami tidak pernah azan  atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik
sahaja dilahirkan  dahulu.
15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu  zuriatnya, walaupun muka si
anak 99.9% muka dia. Semua kerana  suami cemburu sangat pada bos saya.
Biarlah dia terus menfitnah  saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
16. Saya dah  tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa
dia  suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa
mereka.  Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
17.  Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk
saya,  sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun
dahulu  masih terus diungkit setiapkali bergaduh.
18. Suami  tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu
dan  rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.
19.  Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja
bersalin.  Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri,
tahan  teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau
tidak  pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
20. Memang saya  bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan
anak
kerana  tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan
kereta
kesayangannya.
21.  Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau
suami
sanggup  bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg
berselera
besar.  Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad.
Terpaksalah
saya  menyara anak2.
22. Kalau anak nak minta duit beli buku  sekolah, suami asyik kata
'takde
duit'. Kalau nak beli joran dan  umpan, ada pula. Saya perhatikan saja
gelagat. Nak tengok sampai  setakat mana 'lemaknya'.
23. Suami gila beli nombor ekor.  Biasanya, dia suka tulis angka
1-10,letak di dalam mangkuk buat  cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg
mengena, 2-3 hari tak  keluar bawak teksi.
24. Tabiat suami saya memang pelik.  Kalau ada masalah saja mesti cari
bomoh, lepas itu tanam macam2  jenis tangkal, mesti dia nak pergi
'bersangkak'.
25.  Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji
nak  berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya
digadaikan.
Orang  datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling
tahi.
26.  Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri
lain  dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka
kahwin  cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak
menganggu  hidupnya.
27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara  biasa. Kadang2 sampai
setahun.
Saya tak perlu cari kerana tahu  mesti dia di Serenti. Biasanya, dia
kena
'serkup' waktu tengah  tarik ganja dengan kawan2.
28. Anak ke-3 kami terencat  sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang
dah ada tanda2 HIV.
29.  Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,
saya
tidak  boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2
rumah.  Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
30. Pernah saya  nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil.
Mula2
cuma  hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu.
Apabila  dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara
anak  sementara dia di dalam penjara.
31. Sejak berniaga,  suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.
Kesudahannya dia  yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang
perniagaanya  lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik
negeri.
Dengar  khabar dah dapat anak luar nikah.
32. Dulu hidup kami  senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang
kerja
sebab ketagih  dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja
kilang nak  sara anak2.
33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa  mesti nak banding2kan
kehebatan
si madu di ranjang dengan saya?  Tak puas lagi menyakitkan hati saya
selama ini?
34.  Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah
pendapatan.
Jualan  langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah
sembat
baju  kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang
dia  kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
35. Bab duit  ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab.
Saya
dapat  banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya
kering.
Suami  sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan
cinta"
perempuan  lain di badannya.
36. Pakcik saya memang hebat sewaktu  muda. Kacak, bijak dan kerja
besar.
Isteri 2-3 orang, kekasih  keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi
selepas
pencen, dia papa  kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang.
Kesudahannya,
semua  isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang
diri
di  katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan
pihak
hospital.
37.  Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat,
suami  terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam
orang
muda...  sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah
sorang  diri terkial-kial menguruskan anak.
38. Walaupun sudah  lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam
kerana mahu  kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun
beritahu  saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan.
Dia
sendiri  pun tak pernah buat.
39. Bagi saya perkahwinan  sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana
mereka dapat  buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil,
dapat  pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak
percuma,  dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara
keluarga  serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan
silap  haribulan berendam airmata...
40. Selepas 15 tahun  berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah.
Dahulu 'isteri'  sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami
amat
dingin.  Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya
2-3  bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar
kerana  dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
Posted by OrangeGurlz at 6:39 PM 0 comments
Labels: ...iNfO Yg pAtUt dIkOnGsI...
Pagi yg gelap...
ari ni awl2 da bgn...pg masih gelap agi...tambah2 agi dok dlm tembok batu yg mcm penjare ni,agi r gelap...slalu ble da bgn,tdo blk...xleh r,keje sdang menanti...huhu...terpakse gak bukak mate n ringankan badan...pg2 da kne wat keje..kite wat keje utk duet kan...memg kite wat keje tu ikhlas tp ble upahnye xcukup@org yg bg upah tu wt x igt jer,kite jd x ikhlas,geram n asyik teringat2 jer kan...xbaeknye prangai gni tp kite hanye la insan biase...nk wat gane....huhu....
Posted by OrangeGurlz at 6:24 PM 0 comments
Labels: ...cOrEtAn...
Wednesday, May 26, 2010
Modified...
Da tambah serba sedikit ni,nmpk ok da tu...hehe...pnim gak nk wat blog ni kn...tp best r sbb pengetahuan ni...=)
Posted by OrangeGurlz at 10:37 PM 0 comments
Labels: ...cOrEtAn...
Salam Perkenalan...
Gudmonim...walaupun xmonim sgt...hehe...ni first time wat blog....nk kate susah,xde r sgt tp mencabar ler jugak...kepade sesape yg borim sgt2 ker, pe salahnyer lawat blog nie...hehe...pe2 pon salam perkenalan buat semua...
Posted by OrangeGurlz at 8:32 PM 0 comments
Labels: ...cOrEtAn...











