Kelmarin  adalah kenangan,
Hari ini  adalah perjuangan,
Esok..bukanlah satu  kepastian. 
*~*~*~*
Menyintai  bukan bererti memiliki,
Memiliki  bukan bermakna menakluki,
CiNTa itu  memerlukan pengorbanan dan kesabaran. 
*~*~*~*
Benih  azam yang menyusur diri adalah warna ketinggian nurani,
renda  kemenangan adalah cambahan kesabaran yang tidak pernah pudar.
Ayuh....bangun merentangi  halangan demi sebuah mekarnya kejayaan. 
*~*~*~*
Teruskan  perjuangan dalam bidang yang diminati walau,
sebesarmanapun gelombang  yang menghalang. Usah kembali berpatah ke
Pengkalan, layarkan terus bahtera perjuangan hingga berjaya mencecah
Pulau  Impian. 
*~*~*~*
Persahabatan yang  telah terbina ibarat dua buah jambatan yang
menghubungkan antara  dua benua. Jambatan itu akan terus kukuh jika
ia  sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak. 
*~*~*~*
Tidak  dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan. Tidak
dinamakan  kematangan jika tidak ada kekalutan. 
*~*~*~*
Ramai orang lebih  mengenali orang lain,
Tapi...tidak mengenali  diri sendiri.
Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang
tanpa menghitung  kekurangan dan kesilapan sendiri. 
*~*~*~*
Kalau inginkan  kesejahteraan setahun...
tanamlah benih.
Kalau inginkan  kesejahteraan 10 tahun...
tanamlah pokok
Kalau inginkan  kesejahteraan 100 tahun...
Maka..didiklah manusia 
*~*~*~*
Pentingkan diri sendiri  amat penting dalam hidup kita,
tetapi....pentingkan diri orang yang di sekeliling kita juga amat penting
untuk kesejahteraan. 









0 comments:
Post a Comment