BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

...SiNggAh r DuLu...

...pEnGuNjUnG...

Monday, May 31, 2010

...@ jEmPuTaN kAwEn @...




Jemputan2 kawen yg xdapat aku hadiri...huhu....cdehnye...=(....nk gi,tp ape kan daye...keje aku yg cuti xmenentu telah menghalang aku hadir ke majlis2 ini....keje kontrak,gni r....mintak maaf sgt2....huhu....pe2 pon,tq sgt2 kpd kwn2 aku yg sudi jemput aku ke mjlis diorg....semoge majlis korg berjalan lancar seperti yg diimpikan n korg bahagie bersame psgn masing2 hgge ke akhir hayat......membe2 aku da kawen,aku plak?hahaha.......lambat agi r......tggu membe2 dpt cucu dulu r.....=)

....@ tAhNiAh @....





Buat kawan2 ku yg telah menempuh alam baru, tahniah diucapkan...walaupun xdpt hadir,tp jauh disudut hatiku mendoakan kebahagiaan korg...buat Sharizie, Ainun Naim & Qasim dan juge Ain Shakira, semoge korg berbahagie ngn psgn masing2 hgge ke akhir hayat dan cepat2 r dapat baby yer....
Best sgt tgk membe2 da kawen....rase gak prasaan jeles tu...hehe....tp perjuanganku masih jauh untuk itu....pe2pon, ajal maut, jodoh pertemuan, semua telah ditentukan Tuhan...kite sebagai manusia, hanya mampu merancang tp Tuhan yg menentukan....=)

Saturday, May 29, 2010

...mAdAh pUjAnGGa...






Kelmarin adalah kenangan,
Hari ini adalah perjuangan,
Esok..bukanlah satu kepastian.

*~*~*~*

Menyintai bukan bererti memiliki,
Memiliki bukan bermakna menakluki,
CiNTa itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran.

*~*~*~*

Benih azam yang menyusur diri adalah warna ketinggian nurani,
renda kemenangan adalah cambahan kesabaran yang tidak pernah pudar.
Ayuh....bangun merentangi halangan demi sebuah mekarnya kejayaan.

*~*~*~*

Teruskan perjuangan dalam bidang yang diminati walau,
sebesarmanapun gelombang yang menghalang. Usah kembali berpatah ke
Pengkalan, layarkan terus bahtera perjuangan hingga berjaya mencecah
Pulau Impian.

*~*~*~*

Persahabatan yang telah terbina ibarat dua buah jambatan yang
menghubungkan antara dua benua. Jambatan itu akan terus kukuh jika
ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak.

*~*~*~*

Tidak dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan. Tidak
dinamakan kematangan jika tidak ada kekalutan.

*~*~*~*

Ramai orang lebih mengenali orang lain,
Tapi...tidak mengenali diri sendiri.
Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang
tanpa menghitung kekurangan dan kesilapan sendiri.

*~*~*~*

Kalau inginkan kesejahteraan setahun...
tanamlah benih.
Kalau inginkan kesejahteraan 10 tahun...
tanamlah pokok
Kalau inginkan kesejahteraan 100 tahun...
Maka..didiklah manusia

*~*~*~*

Pentingkan diri sendiri amat penting dalam hidup kita,
tetapi....pentingkan diri orang yang di sekeliling kita juga amat penting
untuk kesejahteraan.

*~*~*

Friday, May 28, 2010

40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI

Sedikit info yg nk dkongsikan bersame2:

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL...

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak

bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak

buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak
boleh bimbing saya soal agama



2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri

selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang

hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli

rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.



3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di
Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias

cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju

perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah

dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas

pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa

anaknya.



4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit

saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua
di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.



5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum
pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin.

Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.



6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama

juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.



7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami
memang
nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami
mahu
seks tiap2 malam dan suka liwat saya.



9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak

dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.



10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya

tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia

penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.



11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan.
Namun,
saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama
jenis.


12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga

apabila asyik bercinta dengan "maknyah".



13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar

dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya

kerana menuruti kehendak emaknya.



14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik

sahaja dilahirkan dahulu.



15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si

anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya.

Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.



16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa

dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa

mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.



17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk
saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun

dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.



18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu
dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.


19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja
bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri,
tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau
tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.



20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan
anak
kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan
kereta
kesayangannya.



21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau
suami
sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg
berselera
besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad.
Terpaksalah
saya menyara anak2.



22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata
'takde
duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja

gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.



23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka

1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg

mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.



24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari

bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi

'bersangkak'.



25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji

nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya
digadaikan.
Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling

tahi.



26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri

lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka

kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak

menganggu hidupnya.



27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai
setahun.
Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia
kena
'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.



28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang

dah ada tanda2 HIV.



29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,
saya
tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2

rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.



30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil.
Mula2
cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu.

Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara

anak sementara dia di dalam penjara.



31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.

Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang

perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik
negeri.
Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.



32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang
kerja
sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja

kilang nak sara anak2.



33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan
kehebatan
si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya

selama ini?



34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah
pendapatan.
Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah
sembat
baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang

dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.



35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab.
Saya
dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya
kering.
Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan
cinta"
perempuan lain di badannya.



36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja
besar.
Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi
selepas
pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang.
Kesudahannya,
semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang
diri
di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan
pihak
hospital.



37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat,

suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam
orang
muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah

sorang diri terkial-kial menguruskan anak.



38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam

kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun

beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan.
Dia
sendiri pun tak pernah buat.



39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana

mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil,

dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak

percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara

keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan

silap haribulan berendam airmata...



40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah.

Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami
amat
dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya

2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar

kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

Pagi yg gelap...

ari ni awl2 da bgn...pg masih gelap agi...tambah2 agi dok dlm tembok batu yg mcm penjare ni,agi r gelap...slalu ble da bgn,tdo blk...xleh r,keje sdang menanti...huhu...terpakse gak bukak mate n ringankan badan...pg2 da kne wat keje..kite wat keje utk duet kan...memg kite wat keje tu ikhlas tp ble upahnye xcukup@org yg bg upah tu wt x igt jer,kite jd x ikhlas,geram n asyik teringat2 jer kan...xbaeknye prangai gni tp kite hanye la insan biase...nk wat gane....huhu....

Wednesday, May 26, 2010

Modified...

Da tambah serba sedikit ni,nmpk ok da tu...hehe...pnim gak nk wat blog ni kn...tp best r sbb pengetahuan ni...=)

Salam Perkenalan...

Gudmonim...walaupun xmonim sgt...hehe...ni first time wat blog....nk kate susah,xde r sgt tp mencabar ler jugak...kepade sesape yg borim sgt2 ker, pe salahnyer lawat blog nie...hehe...pe2 pon salam perkenalan buat semua...